Kabinet baharu Brunei Darussalam

SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan rombakan Kabinet berkuatkuasa 7 Jun lalu.

Baginda mengekalkan jawatan tertinggi sebagai Perdana Menteri, Menteri Luar, Pertahanan, Kewangan dan Ekonomi. 

Buat julung kalinya wanita dilantik sebagai menteri dalam kerajaan Brunei iaitu Menteri Pendidikan, Romaizah Mohd. Salleh.

Majlis Mengangkat Sumpah Kabinet Baharu Negara Brunei Darussalam bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab negara untuk tempoh empat tahun berlangsung pada 9 Jun di Istana Nurul Iman.

Related posts

Leave a Comment