Thailand catat 2,501 kes, 28 kematian

BANGKOK 11 Jun – Thailand merekodkan 2,501 kes baharu Covid-19 dan 28 lagi pesakit meninggal dunia hari ini berbanding 2,836 kes dan 24 kematian yang dilaporkan semalam , Jumaat.

Menurut Kementerian Kesihatan, ini menjadikan jumlah keseluruhan 4,482,389 kes dan 30,314 kematian direkodkan setakat ini.

Daripada jumlah kes baharu itu, 2,500 adalah dalam kalangan penduduk awam dan seorang penghuni penjara. Tiada kes import direkodkan.

Sehingga semalam, sebanyak 24,112 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 12,036 di hospital, 1,953 di fasiliti hospital dan 9,933 pengasingan di rumah atau pusat komuniti.

Daripada jumlah yang berada di hospital, sebanyak 639 sakit teruk dengan keradangan paru-paru dan 312 bergantung kepada ventilator.

Sebanyak 2,917 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,427,963 orang pulih daripada penyakit itu.

Sementara itu Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) melaporkan, 28 yang meninggal dunia itu berumur antara 34 dan 97 tahun dengan purata 72 tahun yang terdiri daripada 14 lelaki dan 14 wanita yang semuanya warga Thailand.

Related posts

Leave a Comment