Isu ayam selesai bulan Julai

SERDANG 4 Jun – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) memberi jaminan isu berkaitan bekalan ayam di negara ini akan selesai menjelang bulan hadapan, kata Ketua Pengarahnya, Norlizan Mohd Noor. Beliau berkata jaminan dibuat hasil beberapa pendekatan untuk menyelesaikan isu berkenaan, termasuk libat urus antara Menteri Pertanian dan Industri Makanan,  Ronald Kiandee, bersama pihak berkaitan di lapangan. Norlizan berkata, JPV antara lain sudah menerima jaminan penggerak industri yang komited untuk terus meningkatkan pengeluaran selepas pertemuan secara bersemuka bersama mereka, baru-baru ini. “Pegawai dan auditor JPV serta JAKIM sudah digerakkan bagi kerja pengauditan…

Read More

10 vaksin pilihan jemaah haji

RIYADH 4 Jun – Kementerian Kesihatan mengumumkan senarai vaksin Covid-19 yang diluluskan di Arab Saudi dan jumlah dos yang diperlukan bagi setiap jemaah haji pada musim haji tahun ini 1443/2022. Sebanyak 10 vaksin diluluskan untuk menghadapi koronavirus ini iaitu Pfizer-BioNTech (dua dos), Moderna (dua dos), Oxford-AstraZeneca (dua dos),  Janssen (satu dos), Covovax (dua dos), Nuvaxovid (NUVAXOVID) (dua dos). Turut disenaraikan Sinopharm (dua dos), Sinovac (dua dos), Covaxin (dua dos) dan Sputnik V (dua dos). Kementerian Kesihatan juga telah mengeluarkan dokumen yang menjelaskan keperluan kesihatan dan arahan yang berkaitan dengan mereka…

Read More

2022 Tahun Meraikan Keluarga Singapura

SINGAPURA 4 Jun –  Perdana Menteri Lee Hsien Loong melancarkan Minggu Keluarga Nasional yang menawarkan pelbagai program merata negara dalam usaha pemerintah menjadikan Singapura mesra keluarga. Minggu Keluarga Nasional bermula dengan karnival di Suntec City pada hujung minggu dan di tiga lokasi kejiranan di mana pengunjung boleh mendapat akses kepada sumber perkahwinan dan keibubapaan serta mempelajari nilai-nilai kekeluargaan. Keluarga adalah benteng pertama aspek jagaan dan sokongan serta membantu memupuk perwatakan dan nilai-nilai seseorang individu, justeru Singapura menetapkan 2022 sebagai Tahun Meraikan Keluarga SG. “Pemerintah akan terus menyokong keluarga-keluarga kita. Ganjaran perkahwinan…

Read More

2,879 kes baharu Singapura

SINGAPURA 4 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,879‬ kes baharu  Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi 2,752‬ jangkitan tempatan dan 127‬ kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,316,728 orang sejak pandemik bermula manakala tiga lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,392 individu meninggal dunia. Sebanyak 2,614 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes terdiri daripada 2,502 jangkitan tempatan dan 112 import…

Read More

Sejuta pelancong tiba di Malaysia

SHAH ALAM 4 Jun – Lebih sejuta pelancong tiba di negara ini, iaitu melebihi separuh daripada sasaran dua juta pelancong antarabangsa yang ditetapkan kerajaan pada tahun ini, sejak pembukaan semula sempadan pada 1 April lepas. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Nancy Shukri berkata sebahagian besar daripada jumlah itu adalah dari Singapura dan dijangkakan lebih ramai lagi pelancong terutamanya dari Jepun, Iran dan Korea akan datang ke negara ini. Katanya, pada dua bulan lepas Malaysia menerima kira-kira 600,000 pelancong dari Singapura dan angka dari negara jiran itu dijangka telah melebihi satu…

Read More

MoU : Teliti Perkara 2.1 dan 3.1

KUALA LUMPUR 4 Jun – Semua pihak diminta meneliti Perkara 2.1 dan 3.1 dalam dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH). Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa berkata, langkah itu bagi mengelakkan kekeliruan mengenai tarikh tamat MoU itu yang ditandatangani pada 13 September 2021. “Bagi yang suka menulis, tetapi malas membaca, menyelidik atau yang mungkin sengaja mahu mengelirukan fakta, saya hantar dokumen rasmi atau salinan MoU antara kerajaan dan PH. “Sila teliti perkara 2 dan perkara 3 MoU berkenaan. Saya adalah salah…

Read More

Kes harian Thailand meningkat

BANGKOK 4 Jun – Jumlah kes harian Covid-19 menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 3,001 berbanding 2,976 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,463,557. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 30 kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 30,143 orang meninggal dunia setakat ini. Jumlah kes baharu itu tidak melibatkan 3,187 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam lalu yang jika digabungkan membawa kepada jumlah keseluruhan kes harian meningkat kepada 6,188. Setakat Jumaat, sebanyak 34,056 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 14,841 di hospital dan 16,300 di rumah atau pusat pengasingan komuniti…

Read More

379 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 4 Jun  – Brunei Darussalam hari ini sekali lagi merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 dengan merekodkan 379 berbanding 342 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 150,058. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, sebanyak 377 kes itu adalah hasil Ujian ART manakala dua kes lagi hasil daripada 196 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, dua kes direkodkan dalam Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Tiada kes…

Read More

Kumpulan pertama jemaah haji ke Madinah

SEPANG 4 Jun – Kumpulan pertama 295 jemaah menjadi kumpulan haji pertama Malaysia bagi musim 1443H/2022 berlepas ke Tanah Suci hari ini. Penerbangan pertama hari ini berlepas pukul 1.35 tengah hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini dengan menggunakan penerbangan Saudi Airlines. Penerbangan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz, Madinah pada pukul 4.55 petang (waktu Arab Saudi). Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, meluangkan masa menyantuni jemaah terpilih mengerjakan rukun Islam kelima itu dalam satu majlis mengucapkan selamat jalan di Pusat Konvensyen Movenpick di sini…

Read More

Tiga jemaah pertama positif Covid-19

SEPANG 4 Jun – Tiga daripada 298 jemaah haji kumpulan pertama ke Tanah Suci bagi musim 1443H/2022, disahkan positif Covid-19, kata Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Beliau berkata individu disahkan positif itu sudah memaklumkan lebih awal keputusan ujian saringan RT-PCR Covid-19 mereka kepada TH. “TH menasihati mereka supaya melalui proses atau prosedur ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM). Mereka perlu menjalani proses kuarantin dan selepas itu apabila tiada lagi apa-apa simptom, mereka boleh mendapatkan nasihat pihak hospital atau doktor dan menjalani ujian PCR sekali lagi.…

Read More