Kes harian Thailand meningkat

BANGKOK 4 Jun – Jumlah kes harian Covid-19 menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 3,001 berbanding 2,976 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,463,557.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 30 kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 30,143 orang meninggal dunia setakat ini.

Jumlah kes baharu itu tidak melibatkan 3,187 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam lalu yang jika digabungkan membawa kepada jumlah keseluruhan kes harian meningkat kepada 6,188.

Setakat Jumaat, sebanyak 34,056 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 14,841 di hospital dan 16,300 di rumah atau pusat pengasingan komuniti manakala 3,813 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan 4,399,358 orang pulih.

Sementara itu, menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) sebanyak 138.10 juta dos vaksin Covid-19 didaftarkan sehingga semalam.

Angka itu menunjukkan sebanyak 81.6 peratus daripada penduduk mendapat sekurang-kurangnya satu dos, 75.9 peratus dua dos dan 41.0 peratus sekurang-kurangnya satu dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment