2,879 kes baharu Singapura

SINGAPURA 4 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,879‬ kes baharu  Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi 2,752‬ jangkitan tempatan dan 127‬ kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,316,728 orang sejak pandemik bermula manakala tiga lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,392 individu meninggal dunia.

Sebanyak 2,614 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes terdiri daripada 2,502 jangkitan tempatan dan 112 import manakala 265‬ ‬lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 250 adalah jangkitan tempatan, manakala 15 adalah kes import.

Sementara itu, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.86, turun sedikit berbanding 0.87 pada Jumaat, 3 Jun.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin merosot.

Sebanyak 289 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 314 semalam di mana 31 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, tujuh dipantau rapi di ICU manakala 3,414 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Setakat semalam juga , sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment