2022 Tahun Meraikan Keluarga Singapura

SINGAPURA 4 Jun –  Perdana Menteri Lee Hsien Loong melancarkan Minggu Keluarga Nasional yang menawarkan pelbagai program merata negara dalam usaha pemerintah menjadikan Singapura mesra keluarga.

Minggu Keluarga Nasional bermula dengan karnival di Suntec City pada hujung minggu dan di tiga lokasi kejiranan di mana pengunjung boleh mendapat akses kepada sumber perkahwinan dan keibubapaan serta mempelajari nilai-nilai kekeluargaan.

Keluarga adalah benteng pertama aspek jagaan dan sokongan serta membantu memupuk perwatakan dan nilai-nilai seseorang individu, justeru Singapura menetapkan 2022 sebagai Tahun Meraikan Keluarga SG.

“Pemerintah akan terus menyokong keluarga-keluarga kita. Ganjaran perkahwinan dan keibubapaan yang kami tawarkan akan membantu rakyat Singapura mencapai aspirasi mereka untuk memulakan sebuah keluarga,” kata Lee.

Menurut Lee, dasar pemilikan rumah Singapura membolehkan majoriti warga tempatan untuk memiliki rumah HDB dan membesarkan keluarga mereka.

“Kita memperbaiki pendidikan prasekolah untuk memberikan setiap anak rakyat Singapura permulaan yang baik dalam kehidupan dan kami terus meluaskan sokongan bagi warga emas supaya mereka dapat menua dengan baik dalam masyarakat,” katanya.

Related posts

Leave a Comment