Peningkatan kes baharu di Singapura

SINGAPURA 2 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,745 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini meningkat sedikit berbanding 3,577 semalam yang melibatkan 3,568‬ jangkitan tempatan dan 177 kes import. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak 1,310,616 dengan jumlah kematian pula 1,389, tanpa kematian baharu direkodkan. Sebanyak 3,393 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ini terdiri daripada 3,233 kes tempatan dan 160 kes import…

Read More

Pembesaran Masjid Quba

PEMBESARAN Masjid Quba dekat Madinah sedang giat dilakukan yang apabila siap, keluasannya 10 kali ganda daripada masjid sedia ada. Masjid pertama dibangunkan oleh Rasulullah SAW dijangka mempunyai kawasan seluas 50,000 meter persegi dan mampu menampung 66,000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid Quba dibangun pada 8 Rabiulawal tahun 1 Hijrah sekitar 622M,  terletak di luar kota Madinah sekitar 5km di sebelah tenggara kota Madinah. Masjid Quba yang ada ketika ini adalah masjid yang telah diubah dan diperluas pada masa Kerajaan Arab Saudi. Dibina di atas kebun kurma dengan luas 1200 meter…

Read More

Kes harian terendah di Thailand

BANGKOK 2 Jun – Thailand merekodkan 2,560 kes baharu Covid-19, angka terendah tahun ini dengan 34 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 4,457,580 kes dan 30,081 telah meninggal dunia. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kematian harian menunjukkan peningkatan berbanding 28 semalam manakala kes harian pula turun hari ini berbanding 4,563 semalam. Bagaimanapun jumlah kes harian itu tidak termasuk 4,387 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam. Setakat semalam, sebanyak 36,192 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk  15,614 di hospital dan 17,603 di pusat pengasingan komuniti…

Read More

Singapura bersiap hadapi gelombang baharu

SINGAPURA 2 Jun – Semua persekitaran jagaan kesihatan akan dipastikan bersiap sedia bagi mengharungi gelombang seterusnya Covid-19 yang dijangka melanda Singapura “dalam masa beberapa bulan akan datang”. Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata, kapasiti katil akan dipertingkatkan di samping meningkatkan kadar vaksinasi dos penggalak dalam kalangan warga emas. Dalam satu seminar pelan kerja kementeriannya, beliau menarik perhatian kepada Afrika Selatan yang kini dilanda penularan kelima Covid-19 yang disebabkan oleh dua jujukan varian Omicron, BA.4 dan BA.5. Singapura melaporkan tiga kes pertama jujukan varian tersebut pada 15 Mei. Katanya, walaupun Singapura…

Read More

Pengangkutan awam selepas pandemik

SILIH berganti, entah kali ke berapa isu jalan sesak di ibu kota serta usaha mengatasinya menjadi tajuk perbincangan. Suatu masa dulu, agak popular juga cadangan golongan pekerja  ‘kongsi kereta’ atau ‘car pool’ ke tempat kerja. Tidak pasti sejauh mana cadangan itu mendapat sambutan tetapi realitinya jalan raya di ibu kota sesak sepanjang masa, dari pagi hingga ke malam lebih-lebih lagi ketika hujan dan musim cuti. Hanya semasa pandemik Covid-19, keadaan sepi. Kita mengalu-ngalukan sebarang usaha untuk mengurangkan kesesakan di ibu kota termasuk mengenakan bayaran kesesakan ke atas kenderaan yang masuk…

Read More

PT3 mansuh, ujian akhir diperkenal

PUTRAJAYA 2 Jun – Mulai tahun ini, Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk memansuhkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), kata Menteri Kanan Pendidikan,  Radzi Jidin hari ini. Justeru mulai tahun ini,  dalam usaha untuk memperkasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), kementerian akan menambah baik dengan melaksanakan Pentaksiran Sumatif melalui Ujian Akhir Sesi Akademik.. “Kita akan memantapkan Ujian Akhir Sesi Akademik di sekolah rendah untuk lima mata pelajaran (Tahun 4 hingga 6), manakala di sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 3) melibatkan semua mata pelajaran,” katanya pada satu sidang media. KPM akan menyediakan bank soalan…

Read More

Kes harian meningkat di Brunei Darussalam

BERAKAS 2 Jun  – Brunei Darussalam hari ini merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 dengan merekodkan 367 kes berbanding 296 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 149,337. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, sebanyak 366 kes itu adalah hasil Ujian ART manakala satu kes lagi hasil daripada 256 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, dua kes direkodkan dalam Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Tiada kes…

Read More

Seri Paduka rasmi NDO

KUALA LUMPUR 2 Jun –  Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan Nicol David Organisation (NDO). Perasmian NDO yang diasaskan oleh ratu dan legenda skuasy negara Nicol Ann David, itu berlangsung di Bukit Jalil Golf and Country Resort. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada pukul 11 pagi disambut Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu, Nicol dan bekas pemain skuasy Colombia, Mariana de Reyes, selaku pengasas bersama NDO. Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan…

Read More

Haji : Ujian percuma di fasiliti KKM

PUTRAJAYA 2 Jun – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengecualikan bayaran bagi jemaah haji Malaysia yang melakukan ujian pengesanan Covid-19 Ujian Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) di fasiliti kementerian itu. Menterinya, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan media bagaimanapun berkata, jemaah haji yang memilih untuk menjalani ujian RT-PCR di fasiliti kesihatan swasta masih perlu menanggung kos ujian tersebut. Jemaah haji boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Pejabat Tabung Haji Daerah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan senarai fasiliti kesihatan yang menyediakan perkhidmatan ujian RT-PCR. Terdahulu, Kerajaan Arab Saudi antara lain telah menetapkan…

Read More

GST dapat sokongan 499 perniagaan

KUALA LUMPUR 2 Jun – Sebanyak 499 perniagaan memberi sokongan padu kepada pengenalan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) 2.0 sedia ada. Sokongan itu memandangkan GST dilihat menawarkan struktur cukai yang lebih adil dan menghapuskan cukai bertindih dan tambahan yang biasanya ada dalam rejim SST. Dalam satu kenyataan, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) berkata respons itu adalah berdasarkan satu tinjauan yang dibuat oleh FMM mengenai pengenalan semula GST pada Mei 2020. Presidennya Soh Thian Lai berkata, harga eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing…

Read More