Kes harian terendah di Thailand

BANGKOK 2 Jun – Thailand merekodkan 2,560 kes baharu Covid-19, angka terendah tahun ini dengan 34 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan

4,457,580 kes dan 30,081 telah meninggal dunia.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kematian harian menunjukkan peningkatan berbanding 28 semalam manakala kes harian pula turun hari ini berbanding 4,563 semalam.

Bagaimanapun jumlah kes harian itu tidak termasuk 4,387 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam.

Setakat semalam, sebanyak 36,192 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk  15,614 di hospital dan 17,603 di pusat pengasingan komuniti dan rumah.

Daripada jumlah pesakit di hospital, 846 kritikal dan 417 bergantung kepada bantuan ventilator manakala 5,605 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital dalam tempoh 24 jam.

Sejak pandemik bermula awal tahun 2020, terdapat 4,457,580 kes Covid-19 termasuk 2,234,145 tahun ini dengan 4,391,307 sembuh

Related posts

Leave a Comment