Peningkatan kes baharu di Singapura

SINGAPURA 2 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,745 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini meningkat sedikit berbanding 3,577 semalam yang melibatkan 3,568‬ jangkitan tempatan dan 177 kes import.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak 1,310,616 dengan jumlah kematian pula 1,389, tanpa kematian baharu direkodkan.

Sebanyak 3,393 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ini terdiri daripada 3,233 kes tempatan dan 160 kes import sementara 352 ‬kes disahkan menerusi ujian PCR iaitu 335 jangkitan tempatan, manakala 17 adalah kes import.

Sementara itu kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.88, naik sedikit berbanding 0.87 semalam. Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin merosot.

Seramai 318 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 327 semalam di mana 27 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, dan tujuh dipantau rapi sementara 2,600 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat 31 Mei, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment