Pembesaran Pusat Pemeriksaan Woodlands

SINGAPURA 26 Mei – Tujuh blok kediaman terdiri daripada lebih 730 unit flat akan diambil semula bagi tujuan pembesaran Pusat Pemeriksaan Woodlands (Woodlands Checkpoint) yang merangkumi Pusat Bandar Woodlands Lama. Pengambilan Blok 212 hingga 218 Marsiling Crescent/Lane – akan diberi pampasan berdasarkan nilai pasaran unit masing-masing. Menjelang 2050, jumlah lalu lintas di Pusat Pemeriksaan Woodlands akan meningkat hampir 40 peratus dan ini bermakna purata harian 400,000 pelawat akan merentas pusat pemeriksaan itu berbanding tahap sebelum pandemik. Jika kapasiti pelepasan keseluruhan tidak dinaikkan, masa perjalanan untuk lalu lintas kenderaan boleh meningkat lebih…

Read More

4,924 kes baharu di Thailand

BANGKOK 26 Mei – Thailand merekodkan 4,924 kes baharu Covid-19 dan 37 lagi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam berbanding 5,013 kes dengan 33 kematian yang dilaporkan semalam. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 4,429,674 dan 29,844 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 5,560 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,353,198 orang pulih daripada Covid-19. Bangkok terus mendahului jumlah kes harian tertinggi dengan merekodkan 2,017 kes diikuti Buri Ram 145, Nonthaburi 115, n Samut Sakhon 110, Khon Kaen 99, Samut Prakan…

Read More

3,936 kes baharu Singapura

SINGAPURA 26 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,936 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi 3,829 jangkitan tempatan dan 107 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Singapura sejak pandemik melanda adalah sebanyak 1,286,216. Menurut MoH, dua lagi individu dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,382 kematian. Sebanyak 3,641 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes terdiri daripada 3,541…

Read More

Malaysia tingkat sumbangan kepada WHO

PUTRAJAYA 26 Mei – Malaysia bersetuju meningkatkan sumbangan negara sebanyak 40 peratus kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang 2029, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Katanya, keputusan itu sebagai tanda sokongan kepada pertubuhan itu yang melaksanakan peranan penting dalam memberi nasihat berhubung kesihatan awam dan kesihatan kecemasan. “Kita mahu WHO menjadi sebuah pertubuhan yang dilengkapkan dengan baik untuk memenuhi tujuannya. Sebelum kelulusan resolusi di WHA, jemaah menteri bersetuju lebih awal supaya memenuhi kriteria yang ditetapkan 20 peratus daripada bajet asas pada 2024 kepada 40 peratus pada 2029. “Ini menunjukkan kita sebagai ahli…

Read More

Zuraida jawab surat tunjuk sebab 23 Mei

KUALA LUMPUR 26 Mei – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah membincangkan kedudukan Zuraida Kamaruddin sebagai ahli Bersatu  dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti baru-baru ini. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata, satu surat tunjuk sebab bertarikh 9 Mei lalu dihantar kepada Ahli Parlimen Ampang itu dan beliau sudah menjawab surat tunjuk sebab berkenaan menerusi sepucuk surat bertarikh 23 Mei. “Langkah seterusnya ialah untuk merujuk kes beliau ke Lembaga Disiplin parti,” katanya dalam satu kenyataan malam ini berikutan pengumuman Zuraida keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). Muhyiddin berkata,…

Read More

Lompat parti hilang kerusi

PUTRAJAYA 26 Mei – Mana-mana Ahli Parlimen yang melompat dari parti diwakilinya ketika pilihan raya ke parti lain atau bertukar menjadi Ahli Parlimen Bebas, boleh kehilangan kerusi masing-masing selepas akta baharu berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dikuatkuasakan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Ahli Parlimen Bebas yang memilih untuk menyertai mana-mana parti politik juga boleh kehilangan kerusi melalui akta sama. Bagaimanapun, sekiranya Ahli Parlimen itu dipecat oleh parti, mereka masih boleh mengekalkan kedudukan masing-masing di kerusi yang dimenangi dalam pilihan…

Read More

Kopi Pejuang : HSA Singapura keluar amaran

SINGAPURA 26 Mei – Penguasa Sains Kesihatan (HSA) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membeli atau minum kopi tiga dalam satu ‘Prime Kopi Pejuang 3 in 1’ yang mendakwa boleh mempertingkatkan kesihatan seksual lelaki. HSA dalam kenyataanya berkata, amaran itu susulan dua orang yang minum kopi itu jatuh sakit teruk, termasuk seorang mengalami priapisme atau ereksi alat kelamin selama empat jam selepas minum kopi itu. Priapisme adalah keadaan perubatan yang serius dan boleh merosakkan tisu alat kelamin serta menyebabkan mati pucuk. Menurut HSA, pemeriksaan yang dilakukan ke atas kopi…

Read More

222 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 26 Mei  – Jumlah kes harian Covid-19 di Brunei Darussalam hari ini adalah sebanyak 222 kes berbanding 250 semalam  menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 147,493. Menteri Pertahanan II, Halbi Mohd Yussof, yang mewakili Menteri Kesihatan berkata, kesemua 222 kes itu adalah hasil Ujian ART manakala 333 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu disahkan negatif. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes direkodkan dalam Kategori 4 dan Kategori 5. Beliau memberitahu , sebanyak 267 kes disahkan…

Read More

Bukan cacar monyet tapi HFMD

PUTRAJAYA 26 Mei – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang didakwa dijangkiti cacar monyet, baru-baru ini, sebenarnya dijangkiti penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) virus jenis Coxsackie A6. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataannya berkata perkara itu disahkan melalui hasil ujian sampel dilakukan terhadap kanak-kanak berkenaan. Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14, Selangor, untuk pemeriksaan kerana mengalami gejala demam sejak 13 Mei lalu. Tiga hari selepas mengalami demam, timbul ruam yang kemudian menjadi ‘blister’ (19 Mei) dan mula pecah pada 21 Mei lalu.…

Read More

Imran berjaya masuki Islamabad

ISLAMABAD 26 Mei –  Walaupun cuba dihalang oleh kerajaan, bekas Perdana Menteri Pakistan yang disingkirkan, Imran Khan tiba di Islamabad hari ini bersama ribuan penyokongnya bagi menghadiri perarakan besar-besaran. Lebih dramatik, Imran menyertai tunjuk perasaan itu dengan tiba menaiki helikopter dan mendarat di atas jalan raya yang dipenuhi penyokongnya di luar bandar Mardan, 100 kilometer di barat laut Islamabad. Konvoinya disertai sekitar 25,000 penyokong, bermula di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, dan bergerak di atas jalan raya sebelum tiba ke Islamabad sekitar tengah malam tadi. Sejak disingkirkan menerusi undi tidak percaya bulan…

Read More