4,924 kes baharu di Thailand

BANGKOK 26 Mei – Thailand merekodkan 4,924 kes baharu Covid-19 dan 37 lagi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam berbanding 5,013 kes dengan 33 kematian yang dilaporkan semalam.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 4,429,674 dan 29,844 kematian.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 5,560 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,353,198 orang pulih daripada Covid-19.

Bangkok terus mendahului jumlah kes harian tertinggi dengan merekodkan 2,017 kes diikuti Buri Ram 145, Nonthaburi 115, n Samut Sakhon 110, Khon Kaen 99, Samut Prakan 91, Chon Buri 88, Sakon Nakhon 88, Roi Et 86 dan Nakhon Phanom 74.

Setakat semalam, sebanyak 46,595 orang mendapatkan rawatan termasuk 19,155 di hospital di mana 995 dalam keadaan kritikal dan 503 bergantung kepada bantuan ventilator.

CCSA juga memaklumkan, sebanyak 37 orang yang meninggal dunia berusia antara 28 hingga 105 tahun di mana 15 atau 40 peratus daripada kematian itu melibatkan individu belum vaksin.

Related posts

Leave a Comment