3,936 kes baharu Singapura

SINGAPURA 26 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,936 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi 3,829 jangkitan tempatan dan 107 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Singapura sejak pandemik melanda adalah sebanyak 1,286,216.

Menurut MoH, dua lagi individu dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,382 kematian.

Sebanyak 3,641 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes terdiri daripada 3,541 jangkitan tempatan dan 100 kes import manakala

295‬ ‬kes disahkan menerusi ujian PCR iaitu 288 adalah jangkitan tempatan, manakala tujuh adalah kes import.

MoH juga memberitahu, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.05, kurang sedikit berbanding 1.08 semalam.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya di mana kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin merosot.

Sementara itu, sebanyak 316 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 323 semalam di mana 31 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, lapan dipantau rapi di ICU manakala 3,009 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment