Risiko tersebar ke Malaysia rendah

PUTRAJAYA 21 Mei – Risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia adalah rendah kecuali sekiranya terdapat sejarah bersentuhan dengan haiwan dijangkiti ataupun kontak langsung dengan pesakit wabak itu. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan kemungkinan transmisi jangkitan dari manusia ke manusia adalah terhad. Cacar monyet adalah disebabkan oleh jangkitan orthopoxviruses. Virus ini ditularkan kepada manusia melalui gigitan atau sentuhan langsung dengan darah binatang atau cecair badan dan luka haiwan yang dijangkiti. Virus ini juga boleh disebarkan melalui titisan sekresi pernafasan. “Virus cacar monyet juga…

Read More

PM Australia mengaku kalah

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengakui kekalahan kepada calon pembangkang, Anthony Albanese, dari Parti Buruh walaupun proses pengiraan undi selepas pilihan raya umum hari ini belum tamat. “Malam ini saya sudah bercakap dengan pemimpin pembangkang dan perdana menteri baru, Anthony Albanese, serta mengucapkan tahniah atas kemenangannya,” katanya dalam ucapan di televisyen. Beliau, yang mengambil alih pentadbiran Australia pada 2018 selepas beberapa krisis kepemimpinan , turut memaklumkan akan melepaskan jawatan ketua parti Liberal, sekali gus menamatkan pentadbiran selama lapan tahun enam bulan menerusi kerajaan campuran. Pengundian di kebanyakan negeri di…

Read More

Peningkatan kes di Brunei Darussalam

BERAKAS 21 Mei  – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 271 kes baharu Covid-19, sedikit peningkatan berbanding 261 semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang direkodkan setakat ini 146,315. Menteri Pertahanan II, Halbi Mohd Yussof, yang mewakili Menteri Kesihatan berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 267 adalah hasil Ujian ART dan empat kes lagi hasil 267 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes direkodkan dalam Kategori 5, dan juga  Kategori 4. Katanya,…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.85

PUTRAJAYA 21 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara turun kepada 0.85 semalam berbanding 0.87 kelmarin. Sama seperti semalam, tiada negeri merekodkan nilai di bawah kadar kebangsaan itu sebaliknya 12 negeri mengatasi nilai berkenaan dengan ada yang melebihi 1.00. Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan nilai 1.17 berbanding 1.14 kelmarin diikuti  Sabah 1.11 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.09. Ini diikuti Melaka 1.06, Negeri Sembilan 1.05, Perak dan Pulau Pinang masing-masing 1.04, Kedah 1.03, dan Pahang 1.00. Johor pula mencatatkan 0.98 diikuti Selangor dan Sarawak masing-masing merekodkan 0.96. Sementara…

Read More

Pergi selepas hasrat terlaksana

GEORGETOWN 21 Mei – Rabu lalu hasratnya ditunaikan dan malam tadi, remaja menghidap kanser Acute Lymphoblastic Leukaemia (ALL) tahap akhir, Muhammad Irfan Mikail Mohd Shukri, menghembuskan nafas terakhirnya. Allahyarham Irfan Mikail berusia 15 tahun meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah malam di rumahnya di Kampung Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis. Khabar duka itu disahkan Presiden Persatuan Sahabat Kanak Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN) Maznah Tayib menerusi hantaran di Facebook. “Telah pulang seorang wira kanser kepada Maha Pencipta sebentar tadi, Muhamad Irfan Mikael Mohd Syukri yang menghembuskan nafas terakhir tepat jam 12.30…

Read More

68.3% dewasa ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 21 Mei – Sebanyak 16,077,473 atau 68.3 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak termasuk 2,017 individu yang tampil mendapatkan dos berkenaan semalam. Setakat semalam juga, sebanyak 22,972,457 atau 97.6 peratus dari kumpulan dewasa telah lengkap dua dos dan 23,248,351 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Menurut laman sesawang COVIDNOW, seramai 1,099,250 atau 31 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini sudah lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids). Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah…

Read More

TH tunggu jawapan panggilan kedua

MARANG 21 Mei – Lembaga Tabung Haji (TH) membuat panggilan kedua selepas lebih 1,000 bakal jemaah musim ini menolak tawaran mengerjakan ibadah itu  disebabkan pelbagai faktor, termasuk masalah kesihatan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata  TH sedang menunggu jawapan daripada bakal jemaah yang terpilih. “Kalau panggilan kedua ada masalah, ada yang tolak, kita akan buat panggilan ketiga,” katanya pada Majlis Perasmian Program Rehlah Till Jannah Siri 1/2022 di Perkampungan Darul Barakah, di sini semalam. Kuota haji Malaysia bagi musim 2022 adalah 14,306 iaitu 45 peratus…

Read More

WHO bincang wabak cacar monyet

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan mengenai penularan wabak cacar monyet selepas lebih 100 kes disahkan atau disyaki di sekurang-kurangnya sembilan negara di Eropah. Kes dilaporkan di Belgium, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Portugal, Sepanyol, Sweden, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia. Mesyuarat jawatankuasa WHO membincangkan isu itu ialah kumpulan penasihat strategik dan teknikal mengenai bahaya berjangkit dengan potensi pandemik dan epidemik (STAG-IH) yang memberi nasihat tentang risiko jangkitan yang boleh menimbulkan ancaman kesihatan global. Ia tidak akan bertanggungjawab untuk memutuskan sama ada wabak itu harus diisytihar…

Read More

Shanghai lapor kes baharu

SHANGHAI melaporkan kes baharu Covid-19 di luar kawasan yang dikuarantin, selepas lima hari merekodkan sifar kes sekali gus mencetuskan kemungkinan akan berlaku sekatan dan ujian saringan besar-besaran di satu-satu daerah. Bagaimanapun, difahamkan, penutupan yang dilanjutkan sebelum ini dan dijadual berakhir pada 1 Jun, akan tetap dilaksanakan. Hab komersial dengan 25 juta penduduk itu merekodkan tiga kes baharu dalam kalangan keluarga sama di daerah Qingpu dan, kesemua mereka sudah menerima vaksinasi dan jangkitan dikesan semasa melakukan saringan biasa. Ketiga-tiga mereka masih belum meninggalkan daerah tersebut untuk tempoh 14 hari lepas, namun…

Read More