Kadar kebolehjangkitan 0.85

PUTRAJAYA 21 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara turun kepada 0.85 semalam berbanding 0.87 kelmarin.

Sama seperti semalam, tiada negeri merekodkan nilai di bawah kadar kebangsaan itu sebaliknya 12 negeri mengatasi nilai berkenaan dengan ada yang melebihi 1.00.

Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan nilai 1.17 berbanding 1.14 kelmarin diikuti  Sabah 1.11 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.09.

Ini diikuti Melaka 1.06, Negeri Sembilan 1.05, Perak dan Pulau Pinang masing-masing 1.04, Kedah 1.03, dan Pahang 1.00.

Johor pula mencatatkan 0.98 diikuti Selangor dan Sarawak masing-masing merekodkan 0.96.

Sementara itu Kelantan mencatatkan 14 kes, Terengganu 12, Perlis 11 dan Wilayah Persekutuan Labuan enam kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment