3,645 kes baharu Singapura

SINGAPURA 12 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,645 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,232,559 kes. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 3,498 adalah jangkitan tempatan dan 147 kes import manakala tiga kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,361 orang meninggal dunia. Menurut MoH, sebanyak 3,236 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ia terdiri daripada 3,111 jangkitan tempatan dan 125 kes import…

Read More

Sukan SEA 2021 Hanoi dirasmi

HANOI: Selepas tertangguh akibat pandemik Covid-19, akhirnya Temasya Sukan SEA 2021 yang memasuki edisi ke-31 dibuka secara rasmi dalam suasana penuh gemilang dan meriah di Kompleks Sukan Nasional My Dinh, di sini malam ini. Perasmian temasya dwi tahunan bertemakan ‘For a Stronger Southeast Asia’ itu berlangsung dengan persembahan menarik seperti tarian bunga teratai, diikuti tarian lukisan kayu rakyat Dong Ho yang mencerminkan kesenian masyarakat tempatan. Kontinjen negara yang diwakili 31 orang dengan diketuai, Nur Azmi Ahmad dan diiringi pembawa Jalur Gemilang yang juga penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri  bergerak memasuki…

Read More

Tiada bukti gelombang baharu

SINGAPURA 12 Mei – Tiada bukti menunjukkan terdapat gelombang baharu di Singapura walaupun jumlah kes jangkitan Covid-19 meningkat kebelakangan ini, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung hari ini. Beliau mengakui jumlah kes dalam masyarakat sedang meningkat, tetapi tidak berganda sejak beberapa hari dan menyifatkannya  sebagai “kenaikan kecil”. “Kenaikan itu juga sudah dijangkakan, memandangkan kita sudah melonggarkan hampir sepenuhnya sekatan ke atas kegiatan-kegiatan sosial sejak 26 April,” katanya melalui hantaran Facebooknya. Menurut beliau lagi, kebanyakan kes juga hanya menunjukkan gejala ringan dan pulih “tanpa sebarang masalah” di rumah manakala hospital-hospital dan…

Read More

250 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 12 Mei  – Brunei Darussalam hari ini mencatatkan 250 kes baharu Covid-19 berbanding 244 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 143,866. Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 246 adalah hasil Ujian ART dan empat kes lagi hasil daripada 338 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif…

Read More

Kunjungan The Princess Royal Britain

LONDON : Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima kunjungan hormat dan menyantuni The Princess Royal Britain di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, petang Rabu. Menurut Facebook rasmi Istana Negara, The Princess Royal berkenan melawat Pameran Tenun Pahang Diraja yang diadakan buat julung kalinya di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, sempena Minggu Kraf London dari 9 hingga 15 Mei. Tunku Azizah, yang juga penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja, berkenan memberi penerangan kepada The Princess Royal mengenai pameran seni kraf tenunan yang menampilkan tenunan hasil…

Read More

Syor dos penggalak kedua

PUTRAJAYA 12 Mei – Jawatankuasa Kerja Teknikal Kementerian Kesihatan mengesyorkan pemberian dos penggalak kepada individu berumur 60 tahun dan ke atas boleh dibuat secara sukarela dalam tempoh empat hingga enam bulan selepas menerima suntikan dos penggalak pertama. Individu 18 hingga 59 tahun yang mempunyai risiko klinikal penyakit teruk seperti penyakit kronik jantung, paru-paru, buah pinggang, hati dan lain-lain pula boleh ditawarkan dos penggalak kedua dalam tempoh sama selepas menerima dos penggalak pertama dan berbincang dengan pengamal perubatan berdaftar. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini memaklumkan, remaja berumur 12 hingga 17…

Read More

Jumlah kes harian lepasi 3,000

PUTRAJAYA 12 Mei – Selepas tiga hari berturut-turut, Malaysia merekodkan kes harian Covid-19 melepasi angka 2,000, jumlah jangkitan baharu semalam meningkat kepada 3,321 kes. Kelmarin jumlah kes yang direkodkan adalah 2,605 dan dua hari sebelumnya sebanyak 2,246 dan 2,153. Menurut laman sesawang COVIDNOW, kes baharu membabitkan 3,311 penularan tempatan dan 10 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,467,061 kes. Setakat semalam, negara mempunyai 24,850 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dan daripada jumlah itu, sebanyak 94.1 peratus atau 23,385 kes sedang menjalani…

Read More

Lima pelajar rentung dalam nahas

KUALA KANGSAR 12 Mei – Lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini, rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora di sini, tengah malam tadi. Mereka adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dari Kuala Kubu Bharu, Selangor; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, berasal dari Chukai Terengganu; Iqbal Hasnun Halimi, 23, dari Senai Johor; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dari Batu Caves, Selangor dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar, Perak. Muhammad Nasrun dan Iqbal Hasun…

Read More

Arab Saudi catat 642 kes baharu

RIYADH 12 Mei – Arab Saudi merekodkan 642 kes baharu Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 757,191 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak empat lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 9,108 orang. Jumlah kes aktif pula adalah 5,156 manakala  kes sembuh yang direkodkan adalah 145, yang membawa kepada jumlah keseluruhan 742,927 atau 97 peratus daripada pesakit pulih sepenuhnya. MoH juga melaporkan sebanyak 22,893 ujian PCR dilakukan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 42,049,904 menjalani ujian itu. Sementara itu, sebanyak 64,742,488 dos vaksin telah didaftar.

Read More

98.8 % dewasa terima dos penggalak

PUTRAJAYA 12 Mei – Sebanyak 23,245,293 atau 98.8 peratus golongan dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 manakala 22,969,986 atau 97.6 peratus melengkapkan dua dos setakat semalam. Menurut laman web COVIDNOW, sebanyak 16,053,311 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak termasuk 3,230 yang tampil semalam. Sebanyak 976,336 atau 27.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 1,580,723 kanak-kanak atau 44.5 peratus daripada kumpulan itu telah…

Read More