250 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 12 Mei  – Brunei Darussalam hari ini mencatatkan 250 kes baharu Covid-19 berbanding 244 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 143,866.

Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 246 adalah hasil Ujian ART dan empat kes lagi hasil daripada 338 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Bagaimanapun dua kes direkodkan dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 112 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 142,173

manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 1,474 kes, iaitu 23 kes sedang dirawat di hospital, manakala 1,451 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Sementara itu semalam, 2,810 kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun mendapatkan dos vaksin Covid-19 menjadikan 29,210 atau 68.1 peratus telah menerima satu dos.

Sebanyak 1,294 dos kedua diberikan kepada kanak-kanak pada usia berkenaan menjadikan 7,290 atau 17.0 peratus manakala 67.6 peratus penduduk dewasa mendapat dos ketiga.

Related posts

Leave a Comment