Arab Saudi catat 642 kes baharu

RIYADH 12 Mei – Arab Saudi merekodkan 642 kes baharu Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 757,191 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak empat lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 9,108 orang.

Jumlah kes aktif pula adalah 5,156 manakala  kes sembuh yang direkodkan adalah 145, yang membawa kepada jumlah keseluruhan 742,927 atau 97 peratus daripada pesakit pulih sepenuhnya.

MoH juga melaporkan sebanyak 22,893 ujian PCR dilakukan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 42,049,904 menjalani ujian itu.

Sementara itu, sebanyak 64,742,488 dos vaksin telah didaftar.

Related posts

Leave a Comment