3,645 kes baharu Singapura

SINGAPURA 12 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,645 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,232,559 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 3,498 adalah jangkitan tempatan dan 147 kes import manakala tiga kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,361 orang meninggal dunia.

Menurut MoH, sebanyak 3,236 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ia terdiri daripada 3,111 jangkitan tempatan dan 125 kes import manakala sebanyak 409 kes disahkan menerusi ujian PCR iaitu 387 adalah jangkitan tempatan manakala 22 adalah kes import.

MoH juga memaklumkan kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.49 turun sedikit berbanding 1.76 semalam (11 Mei).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya dan kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru Covid-19 semakin merosot.

Sementara itu, seramai 265 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 246 semalam (11 Mei) di mana 30 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa manakala tujuh dipantau rapi di ICU.

Seramai 2,415 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Setakat semalam, sebanyak 96 peratus penduduk Singapura yang layak divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment