Jumlah kes harian lepasi 3,000

PUTRAJAYA 12 Mei – Selepas tiga hari berturut-turut, Malaysia merekodkan kes harian Covid-19 melepasi angka 2,000, jumlah jangkitan baharu semalam meningkat kepada 3,321 kes.

Kelmarin jumlah kes yang direkodkan adalah 2,605 dan dua hari sebelumnya sebanyak 2,246 dan 2,153.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, kes baharu membabitkan 3,311 penularan tempatan dan 10 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,467,061 kes.

Setakat semalam, negara mempunyai 24,850 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dan daripada jumlah itu, sebanyak 94.1 peratus atau 23,385 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Sebanyak 1,373 kes mendapatkan rawatan di hospital di mans 25 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang tidak memerlukan alat bantuan pernafasan dan 34 kes lagi di ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan serta 33 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Selangor menjadi negeri tunggal mencatatkan kes baharu empat angka iaitu 1,220 kes, diikuti Kuala Lumpur 573, Negeri Sembilan 288, Perak 221, Pulau Pinang 208, Putrajaya 182, Melaka 140, Kedah 98, Johor 88, Pahang 73 dan Sarawak 71.

Sabah merekodkan 57 kes, Terengganu 42, Kelantan 37, Wilayah Persekutuan Labuan 14 dan Perlis sembilan kes.

Semalam juga 1,416 kes sembuh dilaporkan, sekali gus menjadikan jumlah individu yang pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 ialah 4,406,613 kes.

Dalam pada itu, lapan kes kematian dilaporkan semalam termasuk tiga membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Ia menjadikan jumlah angka korban kini meningkat kepada 35,598 kes.

Related posts

Leave a Comment