218 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 7 Mei – Sebanyak 218 kes baharu direkodkan di Indonesia hari ini – 214 kes tempatan dan empat kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,048,204 dengan kes aktif 6,427. Pada masa yang sama, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 5,885,406 orang termasuk 307 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini iaitu 306 kes tempatan dan satu kes import. Disamping itu, 14 pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 156,371 kematian. Sementara itu, lima provinsi merekodkan kes sembuh harian yang tinggi iaitu di DKI Jakarta 100 orang, diikuti Jawa Barat 34,…

Read More

162 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 7 Mei  – Brunei Darussalam merekodkan 162 kes baharu Covid-19, meningkat sedikit berbanding 153 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 142,627. Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 156  adalah hasil Ujian ART dan enam kes adalah hasil daripada 511 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Bagaimanapun satu kes direkodkan…

Read More

Ambil segera vaksin kanak-kanak

PUTRAJAYA 7 Mei – Hanya tinggal lapan hari lagi sebelum Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) ditamatkan pada 15 Mei ini dan dos vaksin akan dikenakan bayaran. Justeru Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyeru ibu bapa supaya mengambil peluang melindungi anak masing-masing daripada wabak Covid-19 dengan membawa anak-anak mereka mengambil suntikan. Begitu juga bagi perlindungan Sindrom Keradangan Pelbagai Sistem dalam Kanak-Kanak (MIS-C) dan komplikasi lain akibat jangkitan. “Lebih 1.5 juta kanak-kanak sudah dicucuk di Malaysia. Terbukti selamat!” katanya menerusi hantaran di akaun Twitter hari ini. Menurut laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 1,542,513…

Read More

35,618 pandu lebihi had laju

PUTRAJAYA 7 Mei – Sebanyak 35,618 pemandu dikesan memandu melebihi had laju di hadapan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) dalam tempoh tujuh hari Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2022 di seluruh negara. Jumlah yang direkodkan setakat semalam itu membabitkan 0.75 peratus daripada 4.7 juta kenderaan melewati 29 kamera AwAS yang dipasang bagi memantau kesalahan terbabit. Sepanjang tempoh sama, sejumlah 10,355 pemandu atau 0.66 peratus daripada 1.5 juta kenderaan lagi, direkodkan melanggar lampu isyarat merah menerusi 16 kamera AwAS yang dipasang bagi mengesan kesalahan itu seluruh negara. Jabatan Pengangkutan…

Read More

894,826 kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 7 Mei – Walaupun masih dalam mood cuti hari raya, seramai 12,522 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun tampil mendapatkan dos kedua semalam menjadikan jumlah keseluruhan 894,826 atau 25.2 peratus melengkapkan vaksinasi. Dalam tempoh yang sama, 4,078 lagi kabak-kanak bagi kumpulan yang sama mendapatkan dos pertama vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids). Menurut laman web COVIDNOW, setakat semalam sebanyak 1,542,513 kanak-kanak atau 43.4 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,896,056 atau 93.1 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,993,641…

Read More

Kes harian Malaysia 1,251

PUTRAJAYA 7 Mei – Sebanyak 1,251 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi, kurang sedikit berbanding 1,278 pada hari sebelumnya menjadikan sehingga kini angka jangkitan berkenaan meningkat kepada 4,455,364 kes. Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes harian itu membabitkan 1,242 kes penularan tempatan dengan sembilan lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Daripada jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara ini, setakat ini terdapat sejumlah 26,099 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19. Jumlah itu membabitkan 95.7 peratus atau 24,978 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah; hospital (1,026), Pusat…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.52

PUTRAJAYA 7 Mei – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun lagi kepada 0.52 berbanding 0.53 kelmarin. Pulau Pinang kekal merekodkan kadar tertinggi iaitu 0.76 sama seperti kelmarin sementara tiada negeri mencatatkan kadar sama atau di bawah 0.52. Ini diikuti Melaka dengan kadar 0.75, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.72, Kedah 0.68, Pahang 0.67, Sarawak 0.65, Johor 0.64, Sabah 0.62, Perak 0.62, Negeri Sembilan 0.61 dan Selangor 0.56. Sementara itu Terengganu merekodkan 19 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya 17 kes, Kelantan 15 kes, Perlis 14 kes dan Wilayah Persekutuan…

Read More

Tujuh kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 7 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan tujuh kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 35,576 orang, daripada 4.4 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, dua daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, terdapat 26,099 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 24,978 individu atau 95.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah. Seramai 19 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,026 kes dirawat…

Read More