218 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 7 Mei – Sebanyak 218 kes baharu direkodkan di Indonesia hari ini – 214 kes tempatan dan empat kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,048,204 dengan kes aktif 6,427.

Pada masa yang sama, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 5,885,406 orang termasuk 307 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini iaitu 306 kes tempatan dan satu kes import.

Disamping itu, 14 pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 156,371 kematian.

Sementara itu, lima provinsi merekodkan kes sembuh harian yang tinggi iaitu di DKI Jakarta 100 orang, diikuti Jawa Barat 34, Jawa Timur 32, Jawa Tengah 23, serta Banten 19 orang.

Bagi kes positif pula, DKI Jakarta merekodkan 62 kes, diikuti Jawa Barat 26, Banten 25, Jawa Timur 20, dan Bali 20.

Disamping itu, kes harian kematian pula dilaporkan di Jawa Tengah (7), Jawa Timur (3), Jawa Barat (2), sementara masing-masing satu kes di Jakarta dan Nusa Tenggara Timur.

Mengenai perkembangan program vaksinasi, penerima vaksin dos pertama kini adalah 199,346,528 manakala 165,632,168 orang menerima dos kedua dan penerima dos ketiga kini 40,990,714 orang.

Related posts

Leave a Comment