894,826 kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 7 Mei – Walaupun masih dalam mood cuti hari raya, seramai 12,522 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun tampil mendapatkan dos kedua semalam menjadikan jumlah keseluruhan 894,826 atau 25.2 peratus melengkapkan vaksinasi.

Dalam tempoh yang sama, 4,078 lagi kabak-kanak bagi kumpulan yang sama mendapatkan dos pertama vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids).

Menurut laman web COVIDNOW, setakat semalam sebanyak 1,542,513 kanak-kanak atau 43.4 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,896,056 atau 93.1 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,993,641 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam masa sama, sejumlah 16,040,212 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak dengan kehadiran 1,509 orang semalam.

Setakat semalam sebanyak 22,967,814 atau 97.6 peratus individu dewasa telah lengkap dua dos dan 23,243,830 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sebanyak 19,105 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 4,382 dos pertama, 13,214 dos kedua dan 1,509 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,365,518. 

Related posts

Leave a Comment