Tujuh kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 7 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan tujuh kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 35,576 orang, daripada 4.4 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, dua daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 26,099 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 24,978 individu atau 95.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 19 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,026 kes dirawat di hospital dan 76 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 37 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 39 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment