Kadar kebolehjangkitan 0.52

PUTRAJAYA 7 Mei – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun lagi kepada 0.52 berbanding 0.53 kelmarin.

Pulau Pinang kekal merekodkan kadar tertinggi iaitu 0.76 sama seperti kelmarin sementara tiada negeri mencatatkan kadar sama atau di bawah 0.52.

Ini diikuti Melaka dengan kadar 0.75, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.72, Kedah 0.68, Pahang 0.67, Sarawak 0.65, Johor 0.64, Sabah 0.62, Perak 0.62, Negeri Sembilan 0.61 dan Selangor 0.56.

Sementara itu Terengganu merekodkan 19 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya 17 kes, Kelantan 15 kes, Perlis 14 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan dua kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment