Rusia catat kematian tertinggi

MOSCOW: Rusia sekali lagi mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi iaitu seramai 679 orang pada Jumaat dengan 23,218 kes baharu direkodkan.

Empat hari berturut-turut negara itu merekodkan jumlah kematian yang tinggi di mana pada Khamis, 672 orang meninggal dunia.

Jumlah kes harian juga mencatatkan peningkatan berganda berbanding sebelum ini, daripada 9,000 kes pada awal Jun kepada lebih 20,000 kes minggu ini.

Walaupun begitu negara berkenaan tidak mengenakan sebarang perintah sekatan.

Menurut Timbalan Datuk Bandar Moscow, Anastasiya Rakova, perintah sekatan adalah langkah terakhir yang akan dilaksanakan Moscow.

Bagi mengelakkan perkara tersebut, pelbagai langkah pencegahan akan dilakukan termasuk mempercepatkan kadar vaksinasi di negara itu.

Untuk rekod, 15 peratus daripada keseluruhan populasi rakyat negara itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Related posts

Leave a Comment