Kes harian Malaysia 1,251

PUTRAJAYA 7 Mei – Sebanyak 1,251 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi, kurang sedikit berbanding 1,278 pada hari sebelumnya menjadikan sehingga kini angka jangkitan berkenaan meningkat kepada 4,455,364 kes.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes harian itu membabitkan 1,242 kes penularan tempatan dengan sembilan lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Daripada jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara ini, setakat ini terdapat sejumlah 26,099 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19.

Jumlah itu membabitkan 95.7 peratus atau 24,978 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah; hospital (1,026), Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (19), Unit Rawatan Rapi (ICU) (37) dan ICU serta memerlukan alat bantuan pernafasan (39).

Tiga negeri mencatatkan pertambahan kes tiga angka iaitu paling tinggi dilaporkan di Selangor dengan 438 kes, diikuti Kuala Lumpur (284) dan Pulau Pinang (100).

Selain itu, bagi negeri lain pula ialah Perak dengan 64 kes baharu, Kedah (61), Melaka (57), Johor (50), Negeri Sembilan (43), Sarawak (34), Pahang (27), Sabah (26), Terengganu (19), Putrajaya (17), Kelantan (15), Perlis (14) dan Labuan (2).

Data COVIDNOW turut menunjukkan semalam terdapat 2,599 kes sembuh dilaporkan menjadikan sehingga kini sebanyak 4,393,689 individu sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan berkenaan.

Related posts

Leave a Comment