162 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 7 Mei  – Brunei Darussalam merekodkan 162 kes baharu Covid-19, meningkat sedikit berbanding 153 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 142,627.

Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 156  adalah hasil Ujian ART dan enam kes adalah hasil daripada 511 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Bagaimanapun satu kes direkodkan dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 75 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 141,673

manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 735 kes, iaitu sembilan kes sedang dirawat di hospital, manakala 726 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Sementara itu bagi program vaksinasi pula, sebanyak 69 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun semalam, 6 Mei menjadikan jumlah keseluruhan 22,822  orang atau 53.2 peratus.

Sebanyak empat lagi dos kedua diberikan kepada kumpulan kanak-kanak ini yang menjadikan jumlah keseluruhan 2,388 dos atau 5.6 peratus.

Bagi penduduk dewasa pula jumlah yang menerima tiga dos adalah kekal 65.8 peratus manakala 95.1 peratus bagi dos pertama.

Related posts

Leave a Comment