Penurunan kes di Brunei Darussalam

BERAKAS 28 April – Brunei Darussalam menunjukkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 dengan merekodkan 98 kes berbanding 126 yang dicatatkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 141,629. Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 94 adalah hasil Ujian ART dan emptat kes adalah hasil daripada 580 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, terdapat satu kes dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Satu kes…

Read More

Wajib ke sekolah mulai 1 Mei

PUTRAJAYA 28 April – Kehadiran murid-murid ke sekolah, dan institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), diwajibkan bermula 1 Mei ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Mohd Radzi Jidin. Dalam satu sidang media khas hari ini, beliau berkata, pengecualian hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai sebab tertentu, termasuk yang positif Covid-19. “Jika ada murid bergejala yang hadir ke sekolah, pertama sekali, kita asingkan di bilik isolasi, jalankan ujian kendiri, dan sekiranya negatif, boleh ke kelas, dan pakai pelitup muka. Jika positif, guru akan hubungi ibu bapa jemput murid dan bawa pulang…

Read More

Pelitup wajib di ruang tertutup sekolah.

PUTRAJAYA 28 April – Pemakaian pelitup muka di ruangan tertutup dalam premis sekolah diwajibkan dengan pelbagai kelonggaran diberikan Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk membabitkan guru yang mengajar di dalam kelas dan kanak-kanak lima tahun ke bawah. Menteri Kanan Pendidikan,  Dr Radzi Jidin, berkata kelonggaran baharu itu susulan kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) semalam yang melonggarkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) utama di negara ini. Katanya, kelonggaran membabitkan pemakaian pelitup muka sekiranya bersendirian, semasa mengajar di dalam kelas, semasa aktiviti sukan dan rekreasi termasuk aktiviti pendidikan jasmani. “Kelonggaran juga diberikan kepada kanak-kanak berusia…

Read More

Situasi di Sabah bertambah baik

KOTA KINABALU 28 April – Sabah mencatatkan jumlah kes harian jangkitan Covid-19 di bawah paras 50 dengan 40 kes positif baharu dilaporkan, semalam, kata jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Masidi Manjun. Beliau berkata jumlah jangkitan baharu itu adalah paling rendah sejak 29 Mac tahun lepas. Katanya keadaan secara keseluruhan adalah bertambah baik di mana jumlah kes baharu pada Rabu (27 April) adalah 40 kes, penurunan 11 kes berbanding jumlah jangkitan kelmarin sebanyak 51 kes. Dalam kenyataannya, beliau berkata, sebanyak 13 daerah mencatatkan kes baharu satu angka iaitu Kota Kinabalu (6);…

Read More

92.9 peratus remaja lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 28 April – Sebanyak 21,479 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun mendapatkan dos kedua semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 785,432 atau 22.1 peratus kanak-kanak melengkapkan vaksinasi mereka. Semalam juga, 7,033 lagi mendapatkan dos pertama,  menjadikan 1,511,678 atau 42.6 peratus kanak-kanak sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 2,890,870 atau 92.9 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun, melengkap vaksinasi mereka manakala 2,989,453 dan 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sementara itu, 4,026 lagi mendapatkan dos…

Read More

Enam kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 28 April – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan enam kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 35,526 orang, daripada 4.4 juta kes positif yang dikesan. Menurut data di portal COVIDNOW, empat daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu tiga kes, manakala masing-masing satu kes di Johor, Melaka dan Pulau Pinang. Sementara itu, terdapat 58,436 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada  jumlah itu, sebanyak 56,776 individu atau 97.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.70

PUTRAJAYA 27 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun kepada 0.70 selepas tiga hari mencatatkan 0.73. Wilayah Persekutuan Putrajaya kekal mendahului dengan kadar 1.05 berbanding 1.11, kelmarin dan satu-satunya negeri yang mencatatkan kadar melebihi 1.00. Ini diikuti Melaka 0.88, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  kekal dengan 0.85,  Selangor 0.81, Negeri Sembilan 0.79 Perak 0.78, Pulau Pinang 0.75 dan Sabah 0.74. Negeri yang mencatatkan di bawah 0.70 adalah Johor merekodkan 0.69, Sarawak 0.68, Kedah 0.65, Pahang 0.62 dan Kelantan 0.58. Sementara itu Terengganu merekodkan 14 kes, Perlis…

Read More