Pelitup wajib di ruang tertutup sekolah.

PUTRAJAYA 28 April – Pemakaian pelitup muka di ruangan tertutup dalam premis sekolah diwajibkan dengan pelbagai kelonggaran diberikan Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk membabitkan guru yang mengajar di dalam kelas dan kanak-kanak lima tahun ke bawah.

Menteri Kanan Pendidikan,  Dr Radzi Jidin, berkata kelonggaran baharu itu susulan kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) semalam yang melonggarkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) utama di negara ini.

Katanya, kelonggaran membabitkan pemakaian pelitup muka sekiranya bersendirian, semasa mengajar di dalam kelas, semasa aktiviti sukan dan rekreasi termasuk aktiviti pendidikan jasmani.

“Kelonggaran juga diberikan kepada kanak-kanak berusia lima tahun dan ke bawah, individu keperluan khas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan. Mereka yang mempunyai masalah pernafasan perlu mengemukakan laporan perubatan,” katanya.

Related posts

Leave a Comment