Kadar kebolehjangkitan 0.70

PUTRAJAYA 27 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun kepada 0.70 selepas tiga hari mencatatkan 0.73.

Wilayah Persekutuan Putrajaya kekal mendahului dengan kadar 1.05 berbanding 1.11, kelmarin dan satu-satunya negeri yang mencatatkan kadar melebihi 1.00.

Ini diikuti Melaka 0.88, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  kekal dengan 0.85,  Selangor 0.81, Negeri Sembilan 0.79 Perak 0.78, Pulau Pinang 0.75 dan Sabah 0.74.

Negeri yang mencatatkan di bawah 0.70 adalah Johor merekodkan 0.69, Sarawak 0.68, Kedah 0.65, Pahang 0.62 dan Kelantan 0.58.

Sementara itu Terengganu merekodkan 14 kes, Perlis 10 kes, dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak lima kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment