Penurunan kes di Brunei Darussalam

BERAKAS 28 April – Brunei Darussalam menunjukkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 dengan merekodkan 98 kes berbanding 126 yang dicatatkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 141,629.

Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 94 adalah hasil Ujian ART dan emptat kes adalah hasil daripada 580 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, terdapat satu kes dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Satu kes dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 153  kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 140,575

manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 836 kes, iaitu 17 kes sedang dirawat di hospital, manakala 819 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Sementara itu bagi program vaksinasi pula, sebanyak 1,139 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun semalam menjadikan jumlah keseluruhan 19,537  orang atau 45.5 peratus daripada populasi keseluruhan .

Sebanyak 245 lagi kanak-kanak menerima dos kedua menjadikan 591 dos atau 1.4 peratus manakala 65.0 peratus penduduk mendapat dos ketiga.

Related posts

Leave a Comment