92.9 peratus remaja lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 28 April – Sebanyak 21,479 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun mendapatkan dos kedua semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 785,432 atau 22.1 peratus kanak-kanak melengkapkan vaksinasi mereka.

Semalam juga, 7,033 lagi mendapatkan dos pertama,  menjadikan 1,511,678 atau 42.6 peratus kanak-kanak sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 2,890,870 atau 92.9 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun, melengkap vaksinasi mereka manakala 2,989,453 dan 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 4,026 lagi mendapatkan dos penggalak semalam menjadikan jumlah keseluruhan 16,024,957 individu dewasa atau 68.1 peratus sudah menerima dos tersebut.

Bagi kumpulan populasi yang sama, 22,965,989 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,242,458 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 34,833 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam membabitkan 7,805 dos pertama, 22,822 dos kedua dan 4,206 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,197,502.

Related posts

Leave a Comment