Enam kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 28 April – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan enam kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 35,526 orang, daripada 4.4 juta kes positif yang dikesan.

Menurut data di portal COVIDNOW, empat daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu tiga kes, manakala masing-masing satu kes di Johor, Melaka dan Pulau Pinang.

Sementara itu, terdapat 58,436 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada  jumlah itu, sebanyak 56,776 individu atau 97.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 61 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,501 kes dirawat di hospital dan 98 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 35 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 63 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment