Situasi di Sabah bertambah baik

KOTA KINABALU 28 April – Sabah mencatatkan jumlah kes harian jangkitan Covid-19 di bawah paras 50 dengan 40 kes positif baharu dilaporkan, semalam, kata jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Masidi Manjun.

Beliau berkata jumlah jangkitan baharu itu adalah paling rendah sejak 29 Mac tahun lepas.

Katanya keadaan secara keseluruhan adalah bertambah baik di mana jumlah kes baharu pada Rabu (27 April) adalah 40 kes, penurunan 11 kes berbanding jumlah jangkitan kelmarin sebanyak 51 kes.

Dalam kenyataannya, beliau berkata, sebanyak 13 daerah mencatatkan kes baharu satu angka iaitu Kota Kinabalu (6); Tambunan (5); Sandakan (4); Telupid (3); Tuaran (2); Ranau (2) dan Beluran (2).

Manakala Penampang, Kota Marudu, Kudat, Kota Belud, Kinabatangan dan Sipitang masing-masing mencatatkan sebanyak satu kes sahaja.

Keningau menjadi daerah tunggal di Sabah yang mencatat kes baharu dua angka dengan 10 kes.

Kes sembuh pula adalah 358 menjadikan jumlah kumulatif 361,452 orang manakala 208 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 208 orang di hospital.

Related posts

Leave a Comment