2,646 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 27 April – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,646 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini dengan satu kematian direkodkan. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,602‬ adalah jangkitan tempatan dan 44 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 1,190,560 dan 1,334 meninggal dunia. Sebanyak 2,300 kes baharu Protokol 2 direkodkan yang terdiri daripada 2,261‬ jangkitan tempatan dan 39 kes import. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 346‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR…

Read More

40,000 tan metrik sisa domestik KL

KUALA LUMPUR 27 April – Sebanyak 40,000 tan metrik sisa domestik dikutip di bandar raya ini pada hari ke-20 Ramadan tahun ini, meningkat berbanding 32,000 tan metrik tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), Mohd Zain Hassan, berkata kutipan tahun ini adalah yang tertinggi bagi tempoh empat tahun sejak 2019. Katanya, peningkatan itu sudah dijangka berikutan Bazar Ramadan beroperasi seperti biasa seterusnya menerima lebih ramai pengunjung. Kutipan sisa domestik di Kuala Lumpur tahun 2020 adalah 27,000 tan metrik dan pada 2019 jumlahnya adalah 33,000 tan metrik.…

Read More

Boleh bersalam, pelitup tidak wajib

PUTRAJAYA 27 April – Pemakaian pelitup muka di luar bangunan tidak lagi diwajibkan, bermula Ahad ini, 1 Mei, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Bagaimanapun pemakaian pelitup muka digalakkan di luar bangunan, terutama di kawasan sesak seperti bazar Ramadan, pasar malam serta stadium. Selain itu, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan apabila berada di dalam bangunan, termasuk gedung beli belah dan pengangkutan awam, termasuk e-hailing. Katanya, penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan peraturan-peraturan di bawahnya akan dikenakan ke atas individu yang gagal mematuhi arahan pemakaian pelitup muka.…

Read More

Kekalkan aplikasi TraceTogether

SINGAPURA 27 April – Golongan pelajar di sini tidak perlu lagi membuat pemeriksaan daftar masuk TraceTogether di sekolah atau institusi pengajian tinggi berkuat kuasa semalam, kata Kementerian Pendidikan (MoE). Mereka juga tidak lagi perlu mengamalkan jarak selamat sewaktu menjalankan kegiatan sekolah.. Langkah itu sejajar dengan pelonggaran langkah kemasyarakatan di peringkat nasional yang berkuatkuasa semalam, Selasa. Penyokong pasukan pelajar juga dibenarkan di peringkat separuh akhir dan akhir acara sukan yang sebelum  ini ditutup sepenuhnya buat penonton dan penyokong termasuk anggota keluarga. Mengenai pemakaian pelitup muka pula, pelajar masih perlu menggunakan pelitup…

Read More

126 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 27 April – Brunei Darussalam merekodkan 126 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding 136 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 141,531 kes. Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 115 adalah hasil Ujian ART dan 11 kes adalah hasil daripada 765 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, terdapat dua kes dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Satu…

Read More

Singapura tarik balik SafeEntry

SINGAPURA 27 April – Mulai semalam, selepas dua tahun, orang ramai tidak perlu menggunakan SafeEntry atau TraceTogether untuk memasuki kebanyakan tempat seperti pusat beli-belah, pasar raya dan masjid. Ini berikutan pengumuman Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 minggu lalu untuk melonggarkan lagi sekatan Covid-19 di sini Stesen dan pengadang SafeEntry telah dibuka di kebanyakan tempat di serata Singapura bagi membolehkan orang ramai keluar masuk tempat itu tanpa perlu menggunakan token atau aplikasi TraceTogether mereka. Individu yang belum divaksinasi sepenuhnya kini dibenarkan masuk ke pusat beli-belah, tiada lagi had saiz…

Read More

61.74 peratus kes kategori dua

PUTRAJAYA 27 April – Sebanyak 61.74 peratus bersamaan 2,075 kes daripada 3,361 kes baharu dilaporkan semalam adalah pesakit Covid-19 kategori dua atau individu bergejala, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, ini diikuti kategori satu iaitu tidak bergejala dengan 1,256 kes, kategori lima (15 kes), kategori tiga (11 kes) dan empat kes lagi dalam kategori empat. Secara keseluruhan, daripada 30 kes dalam kalangan kategori tiga hingga lima itu, sebanyak 17 membabitkan individu yang mempunyai komorbid; berusia 60 tahun dan ke atas (16 kes), tidak divaksin atau belum lengkap…

Read More