Singapura tarik balik SafeEntry

SINGAPURA 27 April – Mulai semalam, selepas dua tahun, orang ramai tidak perlu menggunakan SafeEntry atau TraceTogether untuk memasuki kebanyakan tempat seperti pusat beli-belah, pasar raya dan masjid.

Ini berikutan pengumuman Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 minggu lalu untuk melonggarkan lagi sekatan Covid-19 di sini

Stesen dan pengadang SafeEntry telah dibuka di kebanyakan tempat di serata Singapura bagi membolehkan orang ramai keluar masuk tempat itu tanpa perlu menggunakan token atau aplikasi TraceTogether mereka.

Individu yang belum divaksinasi sepenuhnya kini dibenarkan masuk ke pusat beli-belah, tiada lagi had saiz kumpulan dan had jumlah pengunjung ke rumah, semua pekerja boleh kembali ke tempat kerja.

Pemakaian pelitup muka diberi fleksibiliti, tiada lagi jarak selamat, had kapasiti bagi acara lebih 1,000 orang ditiadakan, langkah pengurusan keselamatan Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) ditiadakan kecuali di acara lebih 500 peserta pada suatu masa, kelab malam, serta restoran, kedai kopi dan pusat penjaja.

Kementerian Kesihatan juga tidak lagi mengeluarkan Notis Risiko Kesihatan (HRN) dan individu yang sudah divaksinasi sepenuhnya tidak perlu mengambil apa-apa ujian untuk masuk Singapura

Ini bermakna hampir kesemua langkah pengurusan selamat untuk menangani Covid-19 di Singapura, kecuali pemakaian pelitup di dalam bangunan, kini sudah ditiadakan.

Related posts

Leave a Comment