2,646 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 27 April – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,646 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini dengan satu kematian direkodkan.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,602‬ adalah jangkitan tempatan dan 44 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 1,190,560 dan 1,334 meninggal dunia.

Sebanyak 2,300 kes baharu Protokol 2 direkodkan yang terdiri daripada 2,261‬ jangkitan tempatan dan 39 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 346‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 341 adalah jangkitan tempatan manakala lima adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.88 turun berbanding 0.91 semalam, bermakna jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin merosot.

Sementara itu, sebanyak 262 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 281 semalam di mana 27 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, lapan kes dipantau rapi di ICU.

Pada masa yang sama, seramai 2,115 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat semalam, sebanyak 92 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment