126 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 27 April – Brunei Darussalam merekodkan 126 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding 136 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 141,531 kes.

Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 115 adalah hasil Ujian ART dan 11 kes adalah hasil daripada 765 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, terdapat dua kes dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Satu kes dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 173 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 140,422 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 891 kes, iaitu 20 kes sedang dirawat di hospital, manakala 871 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Sementara itu bagi program vaksinasi pula, sebanyak 1,314  dos vaksin Covid-19 diberikan kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun semalam menjadikan jumlah keseluruhan 18,643 orang atau 43.4 peratus daripada populasi kumpulan itu.

Related posts

Leave a Comment