PM Lee hargai masyarakat Islam

SINGAPURA 22 April – Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, menyatakan penghargaannya kepada masyarakat Islam setempat di atas pengorbanan dan pemahaman mereka, bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menguruskan pandemik Covid-19. Lee turut mengiktiraf usaha masjid-masjid yang memastikan solat, program keagamaan dan pengumpulan derma dijalankan secara selamat. “Dua tahun yang lalu adalah masa yang sangat mencabar dan sukar untuk semua orang. Tetapi anda memahami cabaran kesihatan awam, dan menyesuaikan amalan untuk mematuhi garis panduan nasional dan langkah pengurusan selamat,” katanya pada majlis berbuka puasa hibrid di Masjid Al-Muttaqin semalam, Beliau gembira melihat…

Read More

7 hari tempoh jawab tawaran haji

KUALA LUMPUR 22 April – Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 14,306 jemaaah haji bagi tahun 2022 bermula Isnin depan, kata Pengarah Eksekutif Haji, Syed Saleh Syed Abdul Rahman. “Apabila kita mengeluarkan Surat Tawaran Haji pada Isnin nanti, diminta jemaah bekerjasama dengan TH menyegerakan semua urusan supaya dapat menjawab surat tawaran ini setuju atau tidak dalam tempoh tujuh hari bekerja,” katanya. Bakal jemaah perlu siapkan pasport, pemeriksaan kesihatan, sijil vaksinasi tiga dos lengkap dan cukupkan wang bayaran haji dalam akaun TH. Mengulas mengenai pemeriksaan kesihatan dan…

Read More

150 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 22 April – Brunei Darussalam merekodkan 150 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 140,873 dengan jumlah kematian kekal 95 orang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr. Awang Mohd. Amin Liew Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 139  adalah hasil Ujian ART dan 11 kes adalah hasil daripada 910 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau bagi pihak Menteri Kesihatan berkata, terdapat dua kes dalam Kategori…

Read More

Suasana hari raya kereta api

SINGAPURA 22 April – Mulai semalam sehingga 2 Jun, orang ramai boleh menaiki kereta api (MRT) bertemakan Hari Raya di semua enam laluan sempena meraikan musim perayaan yang bakal menjelang. Satu kereta api di kesemua laluan- khususnya Laluan Circle, Laluan Downtown, Laluan Timur-Barat, Laluan Timur Laut, Laluan Utara-Selatan dan Laluan Thomson-East Coast – akan dihias untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri  pada 3 Mei ini. Sementara itu, khidmat bas nombor 7, 28 dan 154 – yang melalui kawasan Geylang Serai serta kawasan kejiranan lain – juga bakal bertemakan Hari Raya dan…

Read More

Kerjasama dengan PH tidak berulang – Pas

MARANG 22 April – Pas akan memastikan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) tidak akan berulang sebaliknya akan mengukuhkan kerjasama dengan parti gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) dan UMNO. Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata, Pas sudah lama bekerjasama dengan PH dan cukuplah sehingga tempoh itu untuk meneruskan kerjasama. “Kita akan berusaha mengekalkan dan memperkukuhkan kerjasama (dengan PN dan UMNO) ini sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. “Pendirian Pas adalah kerjasama dengan parti dalam PH tidak akan berulang,” katanya selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, di sini, hari ini.…

Read More

Kes harian Covid-19 turun

PUTRAJAYA 22 April – Kes harian Covid-19 di negara ini mencatatkan penurunan di bawah 6,000 apabila merekodkan 5,899 kes semalam berbanding 6,968 kes pada Rabu.  Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 5,899 kes positif Covid-19 yang dicatatkan semalam, hanya 23 kes atau 0.39 peratus dalam Kategori 3, 4 dan 5.  Daripada jumlah keseluruhan 5,899 kes positif Covid-19 yang dicatatkan pada 21 April, sebanyak  5,876 kes atau 99.61 peratus adalah dalam Kategori 1 dan 2.  Lapan kes atau 0.14 peratus dalam Kategori 3, 10 kes (0.17 peratus) dalam kategori 4 dan lima kes (0.08…

Read More

Peru mansuh pelitup muka

LIMA: Peru mengumumkan penggunaan pelitup muka di tempat awam tidak lagi diwajibkan di negara itu, kata Perdana Menteri Anibal Torres. Beliau berkata, keputusan itu dibuat susulan 80 peratus rakyatnya telah mendapatkan vaksin dengan dos penggalak. Pada masa yang sama, keadaan penularan Covid-19 di Peru lebih terkawal dan angka kematian semakin berkurangan. Bagaimanapun ada yang menggesa pemakaian pelitup muka di tempat terbuka sekiranya ada gejala. Peru mencatat lebih 3.5 juta kes jangkitan koronavirus dengan 212,704 kematian berkaitan Covid-19.

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.81

PUTRAJAYA 22 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun kepada 0.81 berbanding 0.84 kelmarin. Enam negeri mencatatkan kadar melebihi 0.81 didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya yang merekodkan 0.90. Ini diikuti Selangor 0.88,  Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan 0.86, Perak 0.85 dan Negeri Sembilan 0.84. Johor merekodkan 0.76, Terengganu 0.75, Sabah dan Pulau Pinang masing-masing 0.73, Perlis 0.71, Kedah 0.69, Sarawak 0.68, Pahang dan Kelantan masing-masing 0.63 manakala Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 14 kes. Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu…

Read More