Kadar kebolehjangkitan 0.81

PUTRAJAYA 22 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun kepada 0.81 berbanding 0.84 kelmarin.

Enam negeri mencatatkan kadar melebihi 0.81 didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya yang merekodkan 0.90.

Ini diikuti Selangor 0.88,  Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan 0.86, Perak 0.85 dan Negeri Sembilan 0.84.

Johor merekodkan 0.76, Terengganu 0.75, Sabah dan Pulau Pinang masing-masing 0.73, Perlis 0.71, Kedah 0.69, Sarawak 0.68, Pahang dan Kelantan masing-masing 0.63 manakala Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 14 kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment