Peru mansuh pelitup muka

LIMA: Peru mengumumkan penggunaan pelitup muka di tempat awam tidak lagi diwajibkan di negara itu, kata Perdana Menteri Anibal Torres.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat susulan 80 peratus rakyatnya telah mendapatkan vaksin dengan dos penggalak.

Pada masa yang sama, keadaan penularan Covid-19 di Peru lebih terkawal dan angka kematian semakin berkurangan.

Bagaimanapun ada yang menggesa pemakaian pelitup muka di tempat terbuka sekiranya ada gejala.

Peru mencatat lebih 3.5 juta kes jangkitan koronavirus dengan 212,704 kematian berkaitan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment