150 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 22 April – Brunei Darussalam merekodkan 150 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 140,873 dengan jumlah kematian kekal 95 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr. Awang Mohd. Amin Liew Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 139  adalah hasil Ujian ART dan 11 kes adalah hasil daripada 910 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau bagi pihak Menteri Kesihatan berkata, terdapat dua kes dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Tiada kes dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 114 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 139,523 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 1,132 kes, iaitu 22 kes sedang dirawat di hospital, manakala 1,110 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Sementara itu bagi program vaksinasi pula, sebanyak 1,123 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun semalam menjadikan jumlah keseluruhan 14,641 orang atau 34.1 peratus daripada populasi kumpulan itu.

Bagi penduduk dewasa pula jumlah yang menerima tiga dos adalah sebanyak 63.8 peratus.

Related posts

Leave a Comment