Kes harian Covid-19 turun

PUTRAJAYA 22 April – Kes harian Covid-19 di negara ini mencatatkan penurunan di bawah 6,000 apabila merekodkan 5,899 kes semalam berbanding 6,968 kes pada Rabu. 

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 5,899 kes positif Covid-19 yang dicatatkan semalam, hanya 23 kes atau 0.39 peratus dalam Kategori 3, 4 dan 5. 

Daripada jumlah keseluruhan 5,899 kes positif Covid-19 yang dicatatkan pada 21 April, sebanyak  5,876 kes atau 99.61 peratus adalah dalam Kategori 1 dan 2. 

Lapan kes atau 0.14 peratus dalam Kategori 3, 10 kes (0.17 peratus) dalam kategori 4 dan lima kes (0.08 peratus) dalam Kategori 5.

Dalam kenyataannya, Dr Noor Hisham berkata jumlah kes sembuh yang dicatatkan semalam adalah 8,434 kes, lebih tinggi daripada kes positif baharu yang direkodkan.

Beliau berkata satu kluster baharu dilaporkan semalam menjadikan  7,000 kluster di mana 6,899 kluster telah tamat dan  101 kluster masih aktif.

Bagi penggunaan katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU), tidak ada negeri yang mencatatkan kadar penggunaan melebihi 50 peratus semalam. 

Dr Noor Hisham berkata kes Covid-19 yang memerlukan rawatan di ICU semalam adalah 92 orang dan 61 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Related posts

Leave a Comment