7 hari tempoh jawab tawaran haji

KUALA LUMPUR 22 April – Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 14,306 jemaaah haji bagi tahun 2022 bermula Isnin depan, kata Pengarah Eksekutif Haji, Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

“Apabila kita mengeluarkan Surat Tawaran Haji pada Isnin nanti, diminta jemaah bekerjasama dengan TH menyegerakan semua urusan supaya dapat menjawab surat tawaran ini setuju atau tidak dalam tempoh tujuh hari bekerja,” katanya.

Bakal jemaah perlu siapkan pasport, pemeriksaan kesihatan, sijil vaksinasi tiga dos lengkap dan cukupkan wang bayaran haji dalam akaun TH.

Mengulas mengenai pemeriksaan kesihatan dan ujian calitan (PCR), katanya, jemaah boleh menikmati pengurangan kadar bayaran sekiranya membuat pemeriksaan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mengenai Bantuan Kewangan TH kepada jemaah haji ujarnya, TH dijangka membelanjakan RM7 billion menjelang tahun 2030.

Bantuan Kewangan TH kalau dari tahun 2001 sampai 2019 TH telah belanja lebih RM2 billion dalam bantuan kewangan haji sahaja.

“Kalau selepas ini, ia akan meningkat menjelang tahun 2030 akan dianggarkan RM7 billion bantuan kewangan,” ujarnya lagi.

Untuk rekod bagi tahun 2022, TH dijangka membelanjakan RM150 juta bagi menampung kos haji yang meningkat susulan caj dan pelbagai perkhidmatan dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Related posts

Leave a Comment