Mat Sentol masih mampu berpuasa

JOHOR BAHRU 17 April – Pelakon dan pelawak veteran, Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya bersyukur keadaan kesihatannya masih baik, mampu berpuasa dan mampu berjalan walaupun menggunakan tongkat. “Masih belum cukup tua, ramai lagi yang tua dan gagah berpuasa. Alhamdulillah saya masih mampu berpuasa,” katanya. Berusia 89 tahun, anak kelahiran Muar ini pernah membintangi beberapa filem antaranya Mat Tiga Suku, Mat Bond, Mat Toyol, Mat Karong Guni dan Mat Magic. Menggemari masakan mee siam Singapura, Mat Sentol yang tinggal berdua dengan anak lelakinya, Roslee Rashid, 60, masih menghabiskan…

Read More

KWSP : Semoga RM10,000 tidak tersasar

PUTRAJAYA 17 April – “Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri  #KeluargaMalaysia, InsyaAllah,” itu mesej Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau mengumumkan bahawa wang pengeluaran khas caruman KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini. Melalui perkongsian di Facebooknya, beliau menjelaskan keputusan mengkreditkan bayaran itu lebih awal dibuat kerana ramai yang meminta ia dipercepatkan. “Ramai yang message dan komen dalam social media saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?” “Saya mendengar suara anda. Oleh itu,…

Read More

176 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 17 April – Sebanyak 176 kes jangkitan harian Covid-19 dilaporkan di Brunei Darussalam berbanding 210 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 140,023. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 143 adalah hasil Ujian ART dan 33 kes adalah hasil daripada 1,043 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata terdapat satu kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Satu kes direkodkan…

Read More

17,775 kes baharu di Thailand

BANGKOK 17 April – Thailand merekodkan 17,775 kes baharu Covid-19 semalam, menunjukkan penurunan berbanding 18,892 kes semalam. Bagaimanapun jumlah kematian menunjukkan sedikit peningkatan dengan 128 kes berbanding 125 sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 26,882 orang. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 17,693 adalah kes tempatan dan 82 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,029,959. Pada Sabtu, sebanyak 24,545 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 3,788,523. Sementara itu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengarahkan Kementerian Kesihatan Awam dan agensi yang berkaitan untuk meningkatkan tahap persediaan…

Read More

Debat Najib – Anwar 12 Mei

KUALA LUMPUR 17 April – Debat Perdana antara bekas Perdana Menteri,  Najib Razak dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim akan berlangsung pada 12 Mei ini di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM). Debat itu dijangka diadakan selama dua jam mulai pukul 9 malam dan boleh disaksikan secara fizikal atau melalui saluran media. Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil pada sidang media bersama, berkata format debat itu merangkumi tiga bahagian. Pertama, berhubung permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas, Sapura Energy Berhad (SEB), sama…

Read More

366,295 kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 17 April – Sebanyak 1,403,498 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun atau 39.5 peratus daripada populasi dalam kumpulan umur ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat semalam. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 366,295 kanak-kanak atau 10.3 peratus daripada kumpulan ini telah menerima vaksin lengkap di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids). Menurut laman web COVIDNOW, sebanyak 2,871,425 remaja berumur 12 hingga 17 tahun atau 92.3 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,973,462 atau 95.6 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Dalam kalangan populasi dewasa pula…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.85

PUTRAJAYA 17 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught atau Ro di seluruh negara semalam naik kepada 0.85 berbanding 0.82 kelmarin. Selangor masih merekodkan kadar tertinggi dengan mencatatkan 0.90 berbanding 0.89 kelmarin dan Negeri Sembilan 0.88 berbanding 0.85 kelmarin. Terengganu dan Perak masing-masing merekodkan 0.83 berbanding 0.82 kelmarin, Melaka 0.82, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.80,  Putrajaya 0.79, Johor 0.78, Pulau Pinang 0.76 dan Sabah 0.72. Sementara itu Kedah mencatatkan 0.69, Sarawak 0.67, Pahang dan Kelantan masing-masing merekodkan 0.66. Perlis pula mencatatkan enam kes dan Wilayah Persekutuan Labuan lima kes. Nilai…

Read More