PUTRAJAYA 8 Julai – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di negara ini terus menunjukkan peningkatan apabila angkanya melonjak kepada 4,020 kes semalam berbanding 3,561 pada hari sebelumnya.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, sembilan daripadanya merupakan kes import.
Manakala kes aktif Covid-19 dalam negara ketika ini sebanyak 33,839 bertambah 2,299 kes di mana 32,617 dikuarantin di rumah, 1,156 pesakit dirawat di hospital dengan 45 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 21 individu di PKRC.
Portal COVIDNOW turut maklumkan, tiga kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan iaitu dua melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID)
menjadikan jumlah yang meninggal dunia dalam negara ketika ini adalah 35,795.
Dua kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).
Sementara itu, Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 1,630 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,048, Perak 295, Sabah 205, Negeri Sembilan 196, Pulau Pinang 128, dan Melaka 104.
Kes terendah pula dilaporkan di Perlis sebanyak tujuh kes, Wilayah Persekutuan Labuan 12, Terengganu 20 dan Kelantan 21.
