17,775 kes baharu di Thailand

BANGKOK 17 April – Thailand merekodkan 17,775 kes baharu Covid-19 semalam, menunjukkan penurunan berbanding 18,892 kes semalam.

Bagaimanapun jumlah kematian menunjukkan sedikit peningkatan dengan 128 kes berbanding 125 sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 26,882 orang.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 17,693 adalah kes tempatan dan 82 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,029,959.

Pada Sabtu, sebanyak 24,545 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 3,788,523.

Sementara itu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengarahkan Kementerian Kesihatan Awam dan agensi yang berkaitan untuk meningkatkan tahap persediaan berikutan kemungkinan wujud kluster Covid-19 selepas percutian Songkran.

Menurut jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana antara persediaan yang perlu dilakukan ialah menyediakan lebih banyak katil dan pusat pengasingan komuniti.

“Orang ramai digesa memantau kesihatan mereka selama tujuh hingga 10 hari selepas pulang dari percutian Songkran. Sekiranya mempunyai gejala mereka mesti segera mendapatkan nasihat perubatan, dan menjalani ujian saringan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Related posts

Leave a Comment