ISTANBUL – Iran sudah mengambil langkah untuk menghadapi kemungkinan Amerika Syarikat (AS) menggunakan bom GBU-43/B Massive Ordnance Air Blast, yang dikenali sebagai ‘Mother of All Bombs’ (Ibu Segala Bom) terhadap negara itu.
Mehrdad Akhlaqi Ketabchi dalam kenyataan pertamanya selepas dipilih
sebagai Menteri Pertahanan baharu negara itu, berkata, Iran terus melaksanakan usaha dengan penuh keyakinan untuk menghadapi tindakan sedemikian.
Akhlaqi turut memberi amaran bahawa Presiden AS, Donald Trump, sepatutnya bimbang mengenai usaha membawa keluar tentera Amerika dari rantau itu dengan selamat.
“Jika beliau menggugurkan sebutir bom, beliau perlu melihat berapa ramai anggota tenteranya yang terpaksa dibawa keluar dari rantau ini dalam keadaan terbaring,” katanya, yang dipercayai merujuk kemungkinan korban dalam kalangan tentera AS.
Terdahulu Akhlaqi memperoleh 237 undi menyokong manakala 15 undi menentang, tanpa undi berkecuali, daripada keseluruhan 277 undian pada persidangan Parlimen yang diadakan menerusi sidang video.
Ahli Parlimen mengundi selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak yang menyokong dan menentang pelantikan Akhlaqi, serta meneliti perancangannya untuk Kementerian Pertahanan.
Akhlaqi menggantikan Aziz Nasirzadeh yang terkorban dalam serangan awal Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari lalu.
Nnnnn
