176 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 17 April – Sebanyak 176 kes jangkitan harian Covid-19 dilaporkan di Brunei Darussalam berbanding 210 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 140,023.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 143 adalah hasil Ujian ART dan 33 kes adalah hasil daripada 1,043 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata terdapat satu kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Satu kes direkodkan dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 236 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 138,403 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 1,402 kes, iaitu 50 kes sedang dirawat di hospital, manakala 1,352 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Bagi program vaksinasi pula, seramai 1,693 lagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun mendapatkan dos vaksin Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 11,183 orang atau 26.1 peratus daripada populasi kumpulan itu.

Related posts

Leave a Comment