Kadar kebolehjangkitan 0.85

PUTRAJAYA 17 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught atau Ro di seluruh negara semalam naik kepada 0.85 berbanding 0.82 kelmarin.

Selangor masih merekodkan kadar tertinggi dengan mencatatkan 0.90 berbanding 0.89 kelmarin dan Negeri Sembilan 0.88 berbanding 0.85 kelmarin.

Terengganu dan Perak masing-masing merekodkan 0.83 berbanding 0.82 kelmarin, Melaka 0.82, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.80,  Putrajaya 0.79, Johor 0.78, Pulau Pinang 0.76 dan Sabah 0.72.

Sementara itu Kedah mencatatkan 0.69, Sarawak 0.67, Pahang dan Kelantan masing-masing merekodkan 0.66.

Perlis pula mencatatkan enam kes dan Wilayah Persekutuan Labuan lima kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment